OKTOBER 2022

Rajang Delta Development Agency (RADDA) Pacu Pembangunan Daro


DARO, 23/ 10/ 2022 - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Pekan Baru Daro tengahari tadi. 

Ketika berucap di majlis berkenaan, Premier Sarawak telah menyatakan peranan Rajang Delta Development Agency (RADDA) yang berperanan untuk mengkoordinasikan pembangunan di seluruh kawasan Rajang Delta termasuklah Daro. 

Dalam ucapannya juga, Premier Sarawak turut meluluskan; 

1) Pembinaan Waterfront Daro dengan jumlah peruntukan RM35 Juta.

2) Pembinaan Pasar Tani Daro untuk golongan petani dan nelayan memasarkan hasil pertanian mereka.

3) Pembinaan Rumah Spektra untuk rakyat Daro. 

4) Pembinaan jalan dengan jumlah peruntukan RM5.3 Juta iaitu jalan sepanjang 11.45 kilometer R3 yang dilaksanakan oleh DID. 

Sejurus selepas majlis bersama rakyat berkenaan, Premier turut menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Rumah Spektra Kpg Badong Daro. Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah memulakan kerja pembinaan 28 unit Rumah Spektra Permata (RSP) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Badong, Daro dan juga merasmikan Kompleks Sukan Daro yang baru petang ini tadi. 

Sumber dari : Sarawakku